Sorting by

×

Op Plastik Hitam Bersendawa kesan kaki ponteng puasa

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

MELAKA 3 April – “Tidak perasan ada rokok di dalam seluar dan ini seluar semalam,” itu kata-kata diberikan beberapa individu apabila penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menemui kotak rokok bersama pemetik api di dalam poket seluar dipakai mereka.

Tindakan itu dikesan dalam Operasi Plastik Hitam Bersendawa yang dijalankan JAIM bersempena bulan Ramadan yang dijalankan dalam operasi selama lebih dua jam yang berakhir kira-kira jam 1.30 petang.

Dalam operasi itu, tiga premis di kawasan Bukit Rambai dan Klebang yang juga dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ dalam kalangan ‘kaki ponteng puasa’ diperiksa penguatkuasa JAIM.

Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu tempat yang dipercayai ‘port’ menghisap rokok dalam ‘Op Plastik Hitam’ sempena bulan ramadan di Klebang, Melaka. Foto: MR. AZLI

Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat berkata, Operasi Plastik Hitam Bersendawa itu dijalankan pihaknya bukan semata-mata untuk mencari kesalahan sebaliknya turut menyampaikan nasihat.

Beliau berkata, sepanjang bulan ramadan ini anggota penguatkuasa akan sentiasa berada di lapangan bagi mengesan mereka umat Islam yang tidak berpuasa termasuk 10 anggota yang akan melakukan penyamaran.

“Kita bukan hendak cari kesalahan sebaliknya hendak perbetulkan jadi apabila operasi seterusnya tidak ramai yang akan ditangkap kerana tidak berpuasa sebaliknya nasihat diberikan membantu mereka.

“Namun begitu jika didapati tertangkap mereka akan diambil tindakan selain JAIM juga tidak akan berkompromi dengan peniaga yang bersubahat dan akan dikenakan kompaun mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat pada ‘Op Plastik Hitam’ sempena bulan ramadan di Klebang, Melaka. Foto: MR. AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1393
Kongsi :
Previous post Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pada tengah hari
Next post Kerani rugi hampir RM10,000 gara-gara beli telefon bimbit di media sosial
Ubah saiz-+=