
Op Selamat: Kemalangan jalan raya di Sabah meningkat tahun ini
KOTA KINABALU, 10 Mei – Kes kemalangan jalan raya sempena Op Selamat 18/22 di Sabah meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 508 kes berbanding hanya 472 kes tahun lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata jumlah itu meningkat sebanyak tujuh peratus atau 37 kes sepanjang Op Selamat yang berakhir pada 8 Mei lepas sempena sambutan Aidilfitri kali ini.
“Bagaimanapun kes kemalangan maut menunjukkan penurunan iaitu hanya enam kes direkodkan tahun ini berbanding 14 kes tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Idris berkata sepanjang tempoh 10 hari Op Selamat bermula 29 April itu, Polis Sabah turut mengeluarkan sebanyak 16,376 saman atas pelbagai kesalahan berbanding 16,969 saman tahun lepas.
Beliau berkata sebanyak RM65,300 kompaun juga dikutip sepanjang tempoh berkenaan manakala 33 kes tangkapan melibatkan beberapa kesalahan antaranya melibatkan kesalahan Akta Pengangkutan Jalan (30 kes), Akta Kanun Keseksaan (dua kes) dan Akta Pendaftaran Negara (satu kes).
“Walaupun Op Selamat 18/22 telah berakhir, pihak polis akan terus mengambil pendekatan yang maksimum berkaitan keselamatan lalu lintas dengan penguatkuasaan dan pemantauan akan diteruskan bagi memastikan kadar kemalangan di Sabah menurun,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
PRN MELAKA: NORAZRIL PERHEBAT KEMPEN FIZIKAL, DIGITAL MINGGU TERAKHIR
REMBIA 9 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abd Aziz...
‘TOK RAUF MEMANG BUAT KERJA, GEN Z RASAI PERUBAHAN KETARA DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November - Kreativiti dan pendekatan pembangunan yang dibawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf...
PRN MELAKA: ‘TOK MAN’ MESRA, SERING DEKATI RAKYAT SERKAM
SERKAM 9 November – Keperibadian calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah yang disifatkan...
PPWK 2026: MARA PERLUAS PELUANG KEUSAHAWANAN WANITA, KOMUNITI MELAKA
KESIDANG 9 November - Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus mempergiat usaha memperkasa sosioekonomi wanita dan komuniti setempat menerusi peluasan akses...
PRN MELAKA: 10 AKU JANJI ‘AH SEM’, KLINIK BAHARU HINGGA PELUANG PEKERJAAN DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 9 November - Pembinaan klinik kesihatan baharu di Tebong, sekolah agama di Lesung Batu serta bantuan pendidikan tinggi...

