
Op Selamat: Polis Perak keluar 1,446 saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Superintenden Azizan Hassan berkata memandu laju merupakan kesalahan tertinggi dikesan dalam kalangan pengguna jalan raya yang menyaksikan sebanyak 1,247 saman dikeluarkan dalam operasi dari 8 pagi hingga 7 malam tadi.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 65 kesalahan adalah berkaitan nombor plat kenderaan, 45 membabitkan tali pinggang keledar dan 35 tiada lesen memandu.
“Sejumlah 23 saman juga dikeluarkan atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM), tujuh membabitkan penggunaan telefon bimbit dan empat kerana tidak mematuhi lorong betul serta kesalahan lain,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Azizan juga berkata polis menahan seorang lelaki Orang Asli berumur 31 tahun yang beralamat di Kampung Mangsok, Rancangan Penempatan Semula Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan kerana disyaki menunggang motosikal dalam keadaan mabuk semalam.
Katanya lelaki yang bekerja di sebuah kilang kayu itu ditahan pada kira-kira 1 pagi di Ipoh dalam Op Mabuk dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENGUNDI USIA 80 TAHUN BERSEMANGAT SARAPAN BERSAMA TOK RAUF
TABOH NANING 2 November - Peluang untuk bersarapan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan Fauziah...
MELAKA PERKUKUH KEDUDUKAN SEBAGAI HAB AUTOMOTIF ASIA TENGGARA
GADEK 2 November - Pengeluaran dua model kenderaan hibrid terbaharu Great Wall Motor (GWM) di Pegoh dijangka memperkukuh kedudukan Melaka...
RIASAH 2026: UNIMEL TERAJUI AGENDA PEMBANGUNAN GENERASI BERILMU, BERAKHLAK
ALOR GAJAH 2 November - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang komited terhadap pembangunan...
PRN MELAKA: 15,000 BENDERA ‘BIRUKAN’ PARLIMEN TANGGA BATU
SUNGAI UDANG 2 November - Sebanyak 15,000 batang buluh diedarkan kepada jentera Barisan Nasional (BN) bagi pemasangan bendera di seluruh...
KLINIK KESIHATAN FELDA BUKIT SENGGEH KINI LEBIH SELESA, RAWATAN BERKUALITI
ASAHAN 2 November - Penduduk Felda Bukit Senggeh kini menikmati perkhidmatan rawatan kesihatan dalam suasana yang lebih selesa selepas kerja-kerja...
MELAKA GEOPARK BUKA PELUANG EKONOMI KEPADA USAHAWAN TEMPATAN
BANDA HILIR 2 November – Pembangunan Melaka Geopark bukan sahaja memberi tumpuan kepada pemuliharaan warisan alam dan budaya, malah membuka...

