Operator berminat dipelawa bangunkan semula Taman Ekstrem Chin Chin – MPJ

Masa Membaca:52 Saat

JASIN 6 Mei – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan mengadakan perbincangan dalaman bersama agensi terlibat bagi membangunkan kembali Taman Ekstrem Tasik Chin Chin.

Yang Dipertua MPJ Rosemanizam Mohammed Nalif berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu pada minggu hadapan.

Katanya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab MPJ juga akan melihat aspek perundangan dan jika ada operator yang berminat untuk memajukan semula taman berkenaan.

“Tasik ini terbiar selepas ditinggalkan operator lama. Ramai operator yang ingin teruskan taman ini namun mereka mahukan kemudahan serba lengkap tanpa mengeluarkan sedikit kos membaik pulih.

“Kemudahan seperti ‘wall climbing’, ‘flying fox’ dan banyak lagi terbiar kerana tiada operator yang berminat untuk menguruskan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Jelasnya taman ekstrem berkenaan dikendalikan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dan Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

“Untuk tentukan hala tuju seterusnya terpulang kepada CMI dan Datuk Khaidhirah. Hasrat kita adalah untuk membangunkan kembali tasik Chin Chin ini sebagai destinasi agro pelancongan di kawasan Jasin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3496
Kongsi :
Previous post Wanita disyaki muat naik video hasutan terhadap Sultan Perak direman empat hari
Next post Rumah terbuka eratkan hubungan kaum
Ubah saiz-+=