
Operator kilang mengaku tidak bersalah hina Agong
KULIM 22 Jun – Seorang operator kilang hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan kenyataan jelik menerusi laman Facebook pada Mac lepas.
Muhammad Shammir Sam, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik menerusi laman profil Facebook “Mohd Syamir Sam” pada 1 tengah hari 4 Mac lalu di No 249, Jalan 3, Taman Selasih di sini.
Dia dituduh menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, serta boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melaporkan diri di balai polis terdekat setiap dua minggu.
Hakim menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu proses lantikan peguam dan serahan dokumen berkaitan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Galvin Loo Wei Ming.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
SOKONGAN MAIM BELA KEHIDUPAN ASNAF MUALAF
AYER MOLEK 29 Jun - Sokongan berterusan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terbukti menjadi talian hayat penting bagi golongan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BERI LEBIH IMPAK UNTUK ORANG MELAKA
SERKAM 29 Jun - Penganjuran siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bermula 5 Julai depan akan memberikan impak lebih berkesan...
RESORT RM18 JUTA BAKAL UBAH WAJAH PELANCONGAN UMBAI
SERKAM 29 Jun - Pembangunan sebuah pusat peranginan baharu bernilai RM18 juta dijangka menjadi pemangkin baharu kepada sektor pelancongan pesisir...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
PENGLIBATAN JBPM DI PBT LANCARKAN URUSAN PEMBANGUNAN MELAKA
PAYA RUMPUT 29 Jun - Keputusan Kerajaan Negeri menempatkan wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai ahli majlis di...

