
Mangsa banjir Johor meningkat
JOHOR BAHRU 22 Jun – Jumlah mangsa banjir di lima daerah di negeri ini meningkat kepada 941 orang merangkumi 227 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 915 orang daripada 222 keluarga pada malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata pertambahan mangsa melibatkan daerah Muar, Pontian dan Batu Pahat.
“Sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi setakat 8 pagi dengan Pontian kekal merekodkan mangsa paling ramai iaitu 399 orang daripada 100 keluarga, diikuti Muar dengan 227 mangsa merangkumi 72 keluarga,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Pegawai Daerah Muar Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata daerah tersebut mengalami hujan lebat selama satu jam malam tadi berserta air pasang setinggi 1.7 meter hingga 2.2 meter, sekali gus menjadikan kawasan rendah berisiko untuk dinaiki air.
Pegawai Daerah Batu Pahat Zulkiflee Abas pula menjelaskan hujan renyai sehingga tiga jam selain air pasang di kawasan Peserai turut menyumbang kepada peningkatan mangsa banjir di situ.
“Pontian turut mengalami hujan lebat kira-kira tiga jam pada awal pagi tadi selain faktor air pasang,” kata Pegawai Daerah Pontian Zulkifly Mohd Tahir ketika dihubungi.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
HAK NAJIB PERLU DIHORMATI – TAKIYUDDIN
AYER KEROH 6 November – Perikatan Nasional (PN) yakin isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan...
MELAKA NEGERI MAJU, PERLU DISOKONG INFRASTRUKTUR TENAGA TERBAIK
SUNGAI UDANG 6 November - Keperluan bekalan air dan elektrik yang mencukupi menjadi antara aspek utama diberi perhatian Kementerian Peralihan...
ANGKATAN SIBER ATM BEROPERASI MENJELANG 2030
TELOK MAS 4 November - Kementerian Pertahanan menyasarkan penubuhan Angkatan Siber sebagai cabang keempat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat direalisasikan...
STESEN PENYELIDIKAN MPOB PERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI MELAKA
PANTAI KUNDOR 3 November - Usaha memperkukuh sektor agrikomoditi di Melaka terus dipergiat menerusi pembangunan Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit...
50 DEPOH LATEKS BAHARU DISASAR DIBINA MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 3 November - Kerajaan menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah (lateks) baharu di seluruh negara menjelang tahun hadapan...
BUKA PELUANG KEDUA KEPADA KLIEN PUSPEN DALAM SEKTOR AGRIKOMODITI
PANTAI KUNDOR 3 November - Klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) berpeluang memperoleh kemahiran dalam sektor agrikomoditi menerusi cadangan kerjasama...

