Ops BEBAS: Enam notis dikeluarkan

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

PANTAI KUNDOR 7 Ogos – Enam notis berjumlah RM3,000 dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kepada pemilik premis yang didapati membiarkan premis mereka dalam keadaan kotor serta tidak bersih, Jumaat lalu.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, notis itu dikeluarkan pihaknya menerusi operasi Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) yang dijalankan di sekitar kawasan rumah kedai di Taman Tanjung Minyak Perdana.

Katanya, sepanjang operasi selama tiga jam itu, pihaknya mendapati ada antara premis terbabit berada dalam keadaan kotor dan tidak bersih termasuk kawasan siar kaki.

“Berikutan itu,enam notis dikeluarkan kepada pemilik.

“Enam notis itu adalah Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) yang dikeluarkan mengikut Seksyen 47 (1)(a) Akta 133 Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Seksyen 74 Akta 171 Kerajaan Tempatan 1976,” katanya.

Menurut beliau, selain melakukan pemantauan keatas premis yang tidak bersih, pada operasi itu juga pasukan MBMB turut menjalankan pembersihan dengan mengutip sampah di kawasan sekitar ini bagi memastikan keindahan dan kebersihan terjaga.

“Operasi ini sudah memasuki minggu ke 15 sejak ia dilancarkan, yang mana pada setiap minggu pasukan MBMB yang terdiri daripada Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya dan jabatan yang terpilih akan ke lokasi dipilih bagi menjalankan Ops BEBAS.

“Menerusi operasi ini juga, hebahan berkaitan penjagaan kebersihan hadapan dan didalam permis turut diberikan kepada peniaga agar mereka mengambil cakna sekali gus mengamalkan budaya menjaga kebersihan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain pemilik dan penjaga premis, orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan di kawasan persekitaran dengan tidak membuang sampah sama ada di luar tong sampah yang sudah disediakan.

“Untuk pengetahuan, tindakan penguatkuasaan terhadap orang awam yang menyalahi undang-undang berkaitan kebersihan di tempat awam boleh dilaksanakan tanpa kompromi sekiranya dikesan berlaku salah laku,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

782
Kongsi :
Previous post PRN: Pengundi awal tunai tanggungjawab esok
Next post Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut terbabas
Ubah saiz-+=