Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut terbabas

Masa Membaca:58 Saat

ALOR GAJAH 7 Ogos – Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabas di Kilometer 208.1, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa Mohd Sayoti Lofti Abdul Wahab, 35, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, semasa kejadian mangsa yang menunggang Honda CBR 1000 itu dalam perjalanan dari Puchong, Selangor menghala ke Merlimau, Jasin.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kemalangan pada jam 12 tengah hari sebelum sepasukan polis ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan dijalankan mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di lorong kedua lebuh raya terbabit.

“Motosikal itu kemudian terseret ke lorong ketiga manakala mangsa kemudian di tengah antara besi pembahagi jalan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala kemudian disahkan meninggal di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

“Motosikal mangsa dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi tindakan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2527
Kongsi :
Previous post Ops BEBAS: Enam notis dikeluarkan
Next post Program TVET tahfiz luaskan peluang kerjaya pelajar – Mustapha
Ubah saiz-+=