Orang Krubong isi minyak motosikal percuma

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PAYA RUMPUT 14 Januari – Kira-kira 1,000 penunggang motosikal jenis 150cc ke bawah menerima petrol percuma sejak jam 10 pagi tadi menerusi Program Isi Minyak Motor Percuma di Caltex Krubong, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata inisiatif itu secara tidak langsung memberi kegembiraan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Rais berkata, program itu memberikan manfaat kepada penduduk DUN Paya Rumput termasuk mereka yang tinggal sekitar Tanjung Minyak.

“Alhamdulillah setakat jam 11 pagi sahaja, lebih 500 menunggang datang mengisi minyak percuma.

“Saya suka mengadakan program begini supaya dapat menggalakkan masyarakat di Melaka khususnya di DUN saya supaya berkunjung ke kawasan kampung,” katanya kepada pemberita selepas Program Isi Minyak Motor Percuma di Caltex Krubong.

Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, program sama akan diteruskan di Paya Rumput dan Kampung Cheng selepas melihat sambutannya yang menggalakkan.

“Pogram ini sudah tentu membantu mengurangkan sedikit bebanan rakyat, mungkin kita tidak mampu buat setiap minggu atau bulan, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha ini untuk membantu rakyat.

“Selagi stok minyak masih ada pemilik motosikal boleh isi di stesen minyak ini secara percuma, untuk peruntukan saya tidak boleh jangka kita tunggu selepas program ini selesai.

“Insya-Allah selepas ini kita akan buat di dua kawasan lagi kerana saya lihat program ini mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada penduduk di kawasan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2270
Kongsi :
Previous post Jualan Ihsan Rahmah di Melaka, 24 Januari ini
Next post Belum ada tandas pusat beli-belah dapat taraf lima bintang – Exco
Ubah saiz-+=