Padah bantu ah long, pekerja restoran dipenjara tiga tahun

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 18 April – Padah melakukan khianat bagi membantu kegiatan ah long, seorang pekerja restoran dipenjara tiga tahun dan dikenakan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tertuduh, Pua Chee Kang, 39, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan dalam dua prosiding berasingan dihadapan Hakim Nariman Badruddin dan Maziah Joary Mohd Tajudin.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada enam anak itu didakwa melakukan khianat menggunakan api sehingga menyebabkan kebinasaan rumah kediaman seorang individu dalam kejadian di Taman Krubong Utama, pada 6 Feb 2021.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menggunakan api sehingga menyebabkan dua buah motosikal, sebuah Perodua Bezza dan parkir rumah kediaman milik mangsa yang lain mengalami kerosakan mengakibatkan kerugian RM15,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan terbabit di sebuah rumah di Taman Seri Krubong, kira-kira jam 4.30 pagi pada 18 Feb 2021.

Selain itu tertuduh bersama seorang lagi rakannya didakwa bersama-sama melakukan khianat menggunakan api sehingga menyebabkan kerosakan sebuah rumah.

Bagaimanapun, rakannya Chiong Nyong Mok mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Tertuduh, turut didapati melakukan kesalahan lain membabitkan sebuah lagi kediaman di Taman Malim Jaya, pada 17 Jan 2021.

Oleh itu, bagi kesemua pertuduhan terbabit tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Mahkamah pada penghakimannya kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan tahun dan denda RM20,000 bagaimanapun kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap iaitu 19 Mac 2021.

Prosiding pendakwaan dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim, Intan Lyiana Zainal Abidin dan Anis Najwa Nazari manakala tertuduh diwakili peguam Amritpal Singh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1663
Kongsi :
Previous post Dira beli baju raya untuk anak-anak yatim
Next post 424,000 kanak-kanak bergelut masalah kesihatan mental – MYCAPs
Ubah saiz-+=