Padah buat bising, remaja maut ditetak

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

ALOR GAJAH 14 Sept. –  Seorang lelaki maut akibat ditetak selepas dipercayai membuat kacau dalam kejadian di Taman Pengkalan Indah, di sini, malam tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira- kira jam 9 malam selepas si mati yang berusia 25 tahun didakwa membuat bising dan mengganggu sebuah rumah ditaman sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, sebelum kejadian lelaki terbabit bersama seorang rakannya dipercayai membuat bising dengan memulas minyak motosikal dihadapan sebuah rumah.

Beliau berkata, selepas beredar beberapa minit si mati kemudian datang kembali dan membuat bising selain turut mengeluarkan kata kesat.

“Ekoran itu wanita penghuni rumah terbabit terus menghubungi abangnya memaklumkan kejadian menyebabkan dua abangya balik ke rumah.

“Tidak lama kemudian si mati datang semula ke rumah berkenaan dan berlaku pertengkaran mulut sebelum kedua abang wanita menutup pintu pagar rumah,” katanya.
Menurut beliau, si mati dan rakannya kemudian bertindak membaling topi keledar dan parang kedalam kawasan rumah.

“Malah si mati turut bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluan kepada isteri abang sulung wanita berkenaan lalu tercetusnya pergaduhan menggunakan senjata parang.

“Akibat pergaduhan itu si mati beberapa kali ditetak dibahagian badan manakala rakannya sempat melarikan diri,” katanya.

Mohd Nor Yhazid berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh isterinya selepas dimaklumkan kejadian oleh penduduk taman.

“Bagaimanapun si mati disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam ketika dirawat.

“Susulan itu polis menahan sembilan individu berusia antara 20 hingga 50-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Views:

483
Kongsi :
Previous post Buang sampah sesuka hati sebabkan bau busuk
Next post Terkejut, sebak jumpa ‘Abah’ depan mata
Ubah saiz-+=