Padah tidak pakai pelitup muka,Tajuddin dikompaun RM1,500

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KUALA LUMPUR 9 Jun – Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara pada 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kompaun dikenakan atas kesalahan itu di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 seperti disyaratkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad .Zainal Abdullah. Foto- Facebook IPD Dang Wangi

“Tawaran kompaun sebanyak RM1,500 akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal turut menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19.

Sebelum ini, polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan Tajuddin, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, tidak memakai pelitup muka ketika sidang media tersebut.

Antara yang turut dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi ialah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung ciapannya di Twitter berkaitan tindakan Tajuddin itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

278
Kongsi :
Previous post Vaksinasi harian catat rekod tertinggi semalam, lebih 1.18 juta lengkapkan dos kedua
Next post Cheng Hoe tekad padam rekod buruk berdepan Vietnam
Ubah saiz-+=