
PAGI BERDARAH
BEMBAN 15 September – Wanita maut, manakala suaminya parah selepas kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Bemban – Gapam, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, Nur Ayuni Raman, 29, penumpang bahagian hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Manakala pemandu, Mohamad Bustaman Ismail, 29 mengalami pendarahan di perut dan patah kaki.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari Bemban menghala ke Ayer Keroh.
Katanya, ketika melalui sebuah selekoh di Jalan Gapam – Bemban, kereta jenis Proton Wira dinaiki pasangan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok.
“Akibat rempuhan itu, penumpang yang juga isteri kepada pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu yang mengalami cedera parah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
“Kereta dinaiki pasangan itu juga remuk di bahagian hadapan akibat rempuhan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...
‘MELAKA BILA LARUT MALAM’ BAWA NAFAS BAHARU KE PASAR BESAR BACHANG
AYER KEROH 17 Ogos - Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang bakal dihidupkan pada sebelah malam menerusi program...
FELDA HUTAN PERCHA JADI MODEL DESA DI PENTAS ANTARABANGSA – KKDW
BANDA HILIR 17 Ogos - Felda Hutan Percha dipilih sebagai model komuniti luar bandar Malaysia untuk dipelajari 20 peserta dari...
MPHTJ ‘HIDUPKAN’ ASET, BAWA NILAI EKONOMI UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 17 Ogos - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mahu mengoptimumkan aset miliknya yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya...
WRUR AYER LIMAU BAWA 100 PROGRAM, SEMUA LAPISAN RAKYAT DISANTUNI
AYER LIMAU 17 Ogos - Hampir 100 program disusun bagi memeriahkan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
