
Paip pecah, 13 kawasan di Masjid Tanah terjejas bekalan air
AYER KEROH 27 Mac – Sebanyak 13 kawasan di sekitar Masjid Tanah terjejas bekalan air ekoran paip pecah.
Ia membabitkan kawasan Pekan Lubok Cina, Kampung Sungai Jernih, Taman Datuk Setia, Taman Setia Jaya, Kampung Ramuan Cina Kechil, Felcra Ramuan Cina, Taman Wira Emas dan Taman Wira Indah.
Turut terjejas, Kampung Ramuan Cina, Ramuan Cina Besar Dalam, Rumah Awam Sungai Siput, Kampung Telok Berembang dan Kampung Pengkalan Pauh.
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, paip pecah itu membabitkan paip air terawat 300mm.
Jelas kenyataan tersebut, kerja-kerja pembaikan kini sedang dijalankan dan gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 12 jam bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam ini.
“Pihak SAMB mengambil segala usaha untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan di kawasan yang terjejas.
“Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SAMB yang beroperasi 24 jam di talian 15800 atau SMS/Whatsapp di 013-751 5800. Terima kasih dan mohon maaf atas kesulitan,” tambah kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ADUN LANTIKAN PERKUKUH KETERANGKUMAN DUN MELAKA
SERI NEGERI 14 Julai - Cadangan mewujudkan keanggotaan secara lantikan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan perkara asing dalam amalan...
KEPENTINGAN RAKYAT PERLU ATASI PERBEZAAN PENDIRIAN
SERI NEGERI 14 Julai - Semangat Kerajaan Perpaduan perlu terus dipelihara demi kepentingan rakyat meskipun wujud perbezaan pendirian berhubung Rang...
MELAKA PERGIAT USAHA MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
SERI NEGERI 14 Julai – Jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar di Melaka semakin mengecil hasil pelbagai inisiatif...
PONTENG SEKOLAH DI MELAKA TERUS MENURUN
SERI NEGERI 14 Julai – Kes ponteng sekolah di Melaka menunjukkan penurunan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini hasil...
KERAJAAN NEGERI TUNAI AKUJANJI LULUS USUL ADUN LANTIKAN
SERI NEGERI 14 Julai - Keputusan untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan merupakan antara...
PH MELAKA KELUAR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI, BANTAH ADUN LANTIKAN
SERI NEGERI 14 Julai - Pakatan Harapan (PH) Melaka mengumumkan keluar daripada Kerajaan Negeri selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan...
