‘Pak Lan tidak keseorangan’ – Zulkiflee

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

TABOH NANING 6 Oktober – Nasib menimpa pelakon veteran, Roslan Saleh atau Pak Lan yang semakin uzur mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin.

Katanya, pihaknya bersama Kerajaan Negeri sedia menghulurkan sebarang bantuan sama ada berbentuk kewangan, barang keperluan asas mahupun rawatan kesihatan kepada pelakon kelahiran Melaka itu.

Selaku ADUN kawasan itu, beliau tidak akan sesekali mengabaikan nasib Pak Lan atau penduduk yang dihimpit kesusahan.

“Hari ini saya sempena Ziarah Kasih saya datang melawat dan sempat menghulurkan beberapa bantuan kepada Abang Lan dengan membawa pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah untuk turut serta.

“Saya difahamkan kerajaan negeri pun sudah menziarahi Abang Lan sebelum ini. Jadi saya percaya pelakon kebanggaan rakyat kita ini tak akan berseorangan.

“Di peringkat DUN Taboh Naning, Pak Lan pun sudah terima bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah Pak Lan di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah.

Mengulas lanjut, Zulkiflee berjanji akan cuba mempertimbangkan sebarang bantuan rawatan kepada aktor tersebut sekiranya diperlukan.

“Kita akan lihat apakah bentuk bantuan lain yang layak dan boleh disalurkan dan insya-Allah saya akan berbincang dengan Exco Kesihatan Negeri Melaka soal ini nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1805
Kongsi :
Previous post Banjir: Agong titah beri perhatian sistem amaran awal bencana, agih bantuan
Next post Bajet 2023 bentang atau tidak, tunggu esok – PM
Ubah saiz-+=