
Panggil bomba, hantar pesakit 200kg ke hospital
TANJUNG KLING 25 Jun – Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu terpaksa dipanggil bagi menghantar seorang lelaki yang mengalami masalah obesiti ke Hospital Melaka, awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, difahamkan lelaki seberat kira-kira 200 kilogram itu mengalami strok dan perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, bomba menerima panggilan terus ke BBP pada jam 4.40 pagi bagi menjalankan operasi khidmat khas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sejurus tiba di rumahnya, kita dapati dia tidak dapat bangun dan berada dalam keadaan terbaring selain pasukan KKM juga berada di situ.
“Pasukan bomba bersama KKM mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengangkat serta membawanya ke lori,” katanya.
Ujarnya, selepas berjaya dibawa ke dalam lori lelaki itu kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
“Operasi khidmat khas itu tamat pada jam 6 pagi dan jentera kemudian pulang ke BBP Tangga Batu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
SOKONGAN MAIM BELA KEHIDUPAN ASNAF MUALAF
AYER MOLEK 29 Jun - Sokongan berterusan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terbukti menjadi talian hayat penting bagi golongan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BERI LEBIH IMPAK UNTUK ORANG MELAKA
SERKAM 29 Jun - Penganjuran siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bermula 5 Julai depan akan memberikan impak lebih berkesan...
RESORT RM18 JUTA BAKAL UBAH WAJAH PELANCONGAN UMBAI
SERKAM 29 Jun - Pembangunan sebuah pusat peranginan baharu bernilai RM18 juta dijangka menjadi pemangkin baharu kepada sektor pelancongan pesisir...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
PENGLIBATAN JBPM DI PBT LANCARKAN URUSAN PEMBANGUNAN MELAKA
PAYA RUMPUT 29 Jun - Keputusan Kerajaan Negeri menempatkan wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai ahli majlis di...
