
Raja sehari pertama dirai di Balai Istiadat Perkahwinan Melayu Melaka
REMBIA 25 Jun – Bagai kembali ke zaman silam. Itu gambaran suasana pada majlis perkahwinan yang diadakan di Panggung Perpatih Melayu, Balai Istiadat Perkahwinan Melayu Melaka, di sini, hari ini.
Pasangan raja sehari Mohd Hafiz Abdul Rahman dan Nur Azyma Abdul Aziz menjadi yang pertama merasmikan hari bahagia di balai bersejarah itu.
Menariknya, majlis perkahwinan itu turut berlangsung mengikut adat istiadat Melayu lama.
Majlis yang diadakan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba kira-kira jam 11.20 pagi tadi.
Pasangan itu kemudiannya diarak bersama tetamu kehormat yang hadir dan seterusnya dibawa ke pelamin khas yang terletak dalam balai berkenaan.

Tun Mohd Ali dan tetamu lain turut menyempurnakan upacara menepung tawar ke atas pengantin sebelum ke acara santapan utama.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman Datuk Zaini Jass dan Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA), Norman Baroldin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
