
Pantai Air Papan ditutup sementara
Majlis Daerah Mersing menerusi hantaran di laman Facebook rasminya MY Mersing menyatakan langkah itu berikutan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di sekitar pantai berkenaan.
“Tiba masanya pantai kita direhatkan seketika bagi memulihkannya. Sampah hanyut dan ada juga sampah yang ditinggalkan pengunjung menghiasi pantai ketika ini. Menyedihkan bukan?
“Penutupan sementara Pantai Air Papan bagi melaksanakan aktiviti pembersihan sekitar pantai. Namun jangan bimbang, ia hanya sementara dan tidak lama, kami tahu anda pasti rindu untuk menikmati keindahannya. Diharapkan apabila ia dibuka kelak, keindahan dapat terus terpelihara dan kita semua boleh menjadi masyarakat bertanggungjawab,” menurut hantaran itu.
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar Mersing sering menjadi destinasi percutian dan riadah di daerah ini.
Ia bukan sahaja untuk bermandi-manda, malah orang ramai berpeluang membeli pelbagai buah tangan untuk dibawa pulang, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga di sekitar pantai berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LIMA PASANGAN MUALAF MELAKA SELAMAT DIIJABKABULKAN
KESIDANG 12 Julai - Seramai lima pasangan dalam kalangan 'saudara baharu' selamat diijabkabulkan pada Program Pernikahan dan Walimatul Urus Mualaf...
BERITA GEMBIRA BUAT PESAWAH DUN KLEBANG
KLEBANG 12 Julai - Pesawah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang yang sebelum ini berdepan masalah kekurangan air bagi...
WRUR DUYONG BAWA PENDEKATAN BAHARU
DUYONG 12 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang bermula esok hingga 26...
PAKEJ ‘SUNSET CRUISE’ TAWAR SUASANA ROMANTIK DAN SANTAI
BANDARAYA MELAKA 12 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkenalkan dua pakej pelayaran 'Sunset Cruise' sempena Hari...
MELAKA PERKUKUH KOMITMEN TERAJUI TRANSFORMASI BANDAR
BANDARAYA MELAKA 12 Julai - Kerajaan Negeri komited memacu transformasi bandar secara inklusif dan mampan menerusi Program Vibrant Melaka Conference...
MBMB PERKENAL TEMPAHAN BECA DALAM TALIAN MELALUI I-TRAFFIC
BANDARAYA MELAKA 12 Julai - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperkenalkan ciri tempahan beca secara dalam talian bagi kemudahan penduduk...