Papan tanda ‘1 Kampung 1 Pantun’ Melaka ditambah baik

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 11 Julai – Kerajan Negeri akan menambah baik pemasangan papan tanda 1 Kampung 1 Pantun seperti yang diperkenalkan sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia susulan terdapat kawasan kampung yang telah membina struktur papan tanda pantun di pintu masuk kampung, namun ada juga yang hanya menggunakan kain rentang.

Jelasnya, satu prosedur operasi standard (SOP) baharu akan diperkenalkan bagi menambah baik dan menyelaras pelaksanaan itu di setiap kampung.

“Kita melihat kebanyakan SOP sebelum ini ada yang tidak diikuti kerana ada dalam kalangan mereka tidak mengetahui kaedah bagaimana untuk memastikan papan tanda ini boleh dilihat oleh masyarakat.

“Justeru itu, kita akan menambah baik perkara ini tidak lama lagi bagi memastikan ia selaras di setiap kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malam Sirih Bertepuk Pinang Menari sempena Kolokium Pantun Peringkat Kebangsaan di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari; Timbalan Pengarah Sektor Kebudayaan dan Kesenian JKKN Rosnan Nordin, serta lain-lain kenamaan.

Terdahulu, program bertemakan ‘Membuanakan Pantun Khazanah Pusaka Bangsa’ telah menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta membabitkan pelbagai jabatan, agensi serta institusi awam terlibat dalam kolokium yang dibentangkan dan diadakan selama dua hari.

Pelbagai acara menarik turut diadakan termasuk pameran, acara jual beli pantun daripada Ab Rauf serta persembahan kebudayaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

118
Kongsi :
Previous post Melaka jadi negeri Gedung Pantun Negara
Next post Melaka bina RMM berdasarkan permintaan bukan kuota
Ubah saiz-+=