
Parlimen lulus pindaan akta naikkan cuti paterniti kepada tujuh hari
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim ketika membentangkanĀ Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali keduaĀ berkata iaĀ bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.
āCadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga. Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam,” katanya.
Seramai 19 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu dengan kebanyakannya menyentuh isu cuti paterniti, cuti bersalin, gaji minimum sertaĀ buruh paksa.
Ahmad ketika menggulung rang undang-undang itu berkataĀ kelayakan cuti paterniti terhad kepada lima kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri dan cuti bermula pada hari isteri bersalinĀ manakalaĀ pekerja lelaki, antara lain, perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.
BeliauĀ berkata pindaan itu juga melibatkan pertambahan cuti bersalin dariĀ 60 hari kepada 98 hari selarasĀ Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Persidangan Dewan Rakyat hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 bagi meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
Rang undang-undang itu, yang dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid,Ā diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 14 Ahli Parlimen.
Antara lain, rang undang-undang itu bertujuan memberi kuasa kepada pengawal, pegawai bekalan, pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada inspektor atau pegawai kastamĀ untuk menahan tanpa waran orang yang dipercayai melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah Akta 122.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


