
Pasangan suami isteri maut motosikal terbabas di Jalan Banting-Dengkil
SHAH ALAM, 6 Jun – Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka terbabas di Jalan Banting- Dengkil awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata dalam kejadian pada kira-kira 6 pagi itu, motosikal ditunggangi pasangan muda yang dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala ke arah Banting dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar papan tanda amaran di bahu kiri jalan.
“Penunggang motosikal iaitu lelaki berumur 21 tahun manakala pembonceng perempuan berumur 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.
Saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 atau 03-31872222.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA CEDERA BAS DINAIKI TERBABAS ELAK LORI
JASIN 26 Ogos - Tiga termasuk seorang warga tempatan cedera selepas bas dinaiki terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori yang...
AYDA JEBAT ANTARA 431 TERIMA DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN MELAKA SESI KEDUA
SERI NEGERI 26 Ogos - Penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat antara 431 penerima...
MELAKA RUMAHKU: 202 KEDIAMAN DIBAIK PULIH, DIBINA BAHARU
ASAHAN 26 Ogos - Sebanyak 101 rumah baharu dibina manakala 101 lagi kediaman dibaik pulih di seluruh Melaka menerusi inisiatif...
10 TAHUN HIDUP DALAM RUMAH SEMPIT, AKHIRNYA ADA RUANG UNTUK BERNAFAS
ASAHAN 26 Ogos - Selama kira-kira 10 tahun, rumah kecil yang dihuni Engku Azlinah Tengku Azhar, 40 bersama suami dan...
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
