Pasca Covid-19: Pembangunan di Melaka akan kembali pesat dengan kehadiran pelabur – KM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat
SULAIMAN mengadakan perbincangan dengan pihak TNB.

BANDA HILIR 29 Jun – Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali yakin pembangunan di Melaka akan kembali pesat dengan kehadiran pelabur selepas pasca Covid-19.

Justeru jelasnya, sebagai destinasi pelaburan, semua pihak harus memastikan kelengkapan dan kemudahan utiliti mencukupi dan berada dalam keadaan sempurna, terutamanya melibatkan bekalan elektrik.

“Apabila kita menjadikan Melaka sebuah negeri destinasi pelaburan, kita perlu siapkan semua utiliti termasuk TNB sendiri.

“Dalam jangka masa yang terhad dan panjang, kerajaan negeri yakin ramai pelabur akan datang selepas Covid-19 nanti.

“Jadi kerajaan negeri perlu pastikan adakah bekalan rantaian di Melaka ini terutama ‘power supply’ mencukupi,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke TNB Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negeri Datuk Seri (Dr) Hasim Hasan, Pengerusi Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Insfrastruktur negeri, Datuk Roslan Ahmad dan Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Melaka, Ir Khairizam Ibrahim.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, kunjungannya ke TNB hari ini adalah untuk bertanya dan berbincang berkaitan jumlah bekalan elektrik dan rancangan jangka panjang, selain permasalahan dihadapi syarikat pembekal tenaga itu.

“Hasil perbincangan dengan pihak TNB, kami dimaklumkan bahawa bekalan elektrik di Melaka sehingga kini mencukupi dan boleh menampung dalam tempoh sehingga kira- kira 20 tahun akan datang,” katanya.

Views:

363
Kongsi :
Previous post Kempen galak rakyat menabung di Tabung Haji akan dilaksanakan
Next post Koperasi Keluarga gah ke peringkat antarabangsa
Ubah saiz-+=