
Pasukhas tubuhkan konsortium dengan Porto Three Sixty, Perbadanan Ketua Menteri Melaka
KUALA LUMPUR 10 Sept – Pasukhas Group Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Porto Three Sixty Sdn Bhd dan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) untuk menubuhkan konsortium.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Pasukhas, penyedia penyelesaian kejuruteraan berkata, konsortium berkenaan boleh menyertai proses pembidaan projek kerjasama awam-swasta sisa kepada tenaga di Sungai Udang, Melaka.
Kesemua pihak telah bersetuju bahawa bahagian pemegang saham dalam konsortium adalah 20 peratus untuk pihak pertama (CMI) dan 80 peratus untuk pihak kedua (Pasukhas dan Porto Three).
“Mereka juga bersetuju bahawa pelaburan awal bagi syarikat konsesi hanyalah RM500,000.
“Pihak kedua perlu membayar 20 peratus kepentingan pihak pertama berjumlah RM100,000 sebagai suntikan modal pertama kepada syarikat konsesi,” menurut Pasukhas.
Katanya pihak kedua perlu menjadi ahli utama konsortium dalam mengendalikan semua perniagaan untuk, dan bagi pihak konsortium semasa proses pembidaan dan sehinggalah pemeteraian perjanjian konsesi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AYAM KAMPUNG SAGA: DARI HOBI JADI LUBUK REZEKI
GADEK 2 Mei - Bermula sekadar hobi seorang penternak wanita kini mampu menjana pendapatan sehingga mencecah RM7,000 sebulan hasil daripada...
REHDA MELAKA KOMITED PASTIKAN SEKTOR HARTANAH TERUS MAMPAN
AYER KEROH 2 Mei – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka komited untuk memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam...
1,000 AIR KELAPA PERCUMA UNTUK PENGUNJUNG MELAKA RIVER CRUISE MALAM INI
DUYONG 2 Mei - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan 1,000 air kelapa pandan percuma menerusi tawaran istimewa...
WRUR AYER KEROH: MPHTJ PERUNTUK RM20,000 BAIK PULIH KEDIAMAN UZUR
AYER KEROH 2 Mei - Inisiatif baik pulih kediaman penduduk dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dianggap sebagai satu...
CAJ PARKIR PASAR BORONG DITURUNKAN BERKUAT KUASA 1 MEI
AYER KEROH 2 Mei - Isu kenaikan caj parkir di Pasar Borong Batu Berendam yang sebelum ini didakwa membebankan selesai...
PELUANG BERMANJA DENGAN HAIWAN COMEL, EKSOTIK DI MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 2 Mei - Pengunjung singgah ke Menara Taming Sari berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis haiwan...
