
PAU 2021 pada 16-19 Mac dengan kehadiran penuh, tetap terikat SOP – Ahmad
KUALA LUMPUR 12 Jan- Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diadakan selama empat hari bermula pada 16 hingga 19 Mac depan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perhimpunan terbabit akan diadakan secara fizikal dengan kehadiran 14 perwakilan dari setiap bahagian dan lima perwakilan bagi setiap sayap.
“Kesemua 14 orang perwakilan setiap Bahagian akan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2021 dan tidak diadakan perhimpunan secara hibrid.
“Kesemua 5 orang Perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri Perhimpunan Agung masing-masing pada kali ini.
“Walaupun demikian, SOP tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan Aplikasi Mysejahtera, sanitizer dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Berikut merupakan jadual Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada 16 – 19 Mac 2022:
16 Mac 2022 (Rabu)
Perasmian Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri oleh YB Datuk Seri Utama Timbalan Presiden UMNO
17 Mac 2022 (Khamis)
Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO berlangsung
18 Mac 2022 (Jumaat)
Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh YB Datuk Seri Presiden UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO bermula
19 Mac 2022 (Sabtu)
Perhimpunan Agung UMNO hari kedua
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WTD, WTC 2025: MELAKA BAKAL PECAH BEBERAPA REKOD BAHARU
BANDA HILIR 16 September - Melaka bersedia memecahkan beberapa rekod baharu negara menerusi penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan...
LEBIH 21,000 GAMATKAN AMBANG HARI MALAYSIA DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 16 September - Lebih 21,000 pengunjung menghangatkan sambutan Ambang Hari Malaysia 2025 Peringkat Negeri Melaka di perkarangan Bangunan...
PESTA PANTAI LESTARIKAN SENI DONDANG SAYANG
TANJUNG BIDARA 15 September – Usaha melestarikan seni budaya warisan negeri terus diperkasakan menerusi Program Pencungkilan Bakat Raja dan Ratu...
PPSPM GAMIT PENGUNJUNG PESTA PANTAI DENGAN AKTIVITI AIR
TANJUNG BIDARA 15 September –Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memanfaatkan platform Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 untuk mempromosi...
TUAH ANAK ‘HADIAHKAN’ KELUARGA MOTOSIKAL BAHARU
TANJUNG BIDARA 15 September - Rezeki tidak disangka buat suami isteri dari Pantai Puteri apabila nama anak mereka berusia setahun...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA: MENGGILAP WARISAN YANG PUDAR
TANJUNG BIDARA 15 September - Berlangsung selama tiga hari, Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 sebenarnya sarat dengan mesej tersirat iaitu...