
PBB perlukan pembaharuan, tingkat keberkesanan- Ismail Sabri
KUALA LUMPUR 26 Sept. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlukan pembaharuan untuk mengukuhkan lagi keberkesanannya selepas melalui perubahan ketara sejak badan dunia itu wujud 75 tahun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pembaharuan juga diperlukan untuk menjadikan badan dunia itu lebih telus dan meningkatkan lagi kredibilitinya, katanya dalam ucapan sulungnya pada Debat Umum Sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York semalam.
“Untuk itu kita mesti bekerjasama mereformasi organisasi dan kita berharap negara anggota akan menunjukkan keterbukaan, fleksibiliti dan keazaman politik demi kepentingan keamanan, keselamatan dan kemakmuran antarabangsa,” katanya.
PBB perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan dunia untuk mendepani krisis yang tidak dijangka, katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
DATARAN NIAGA BAHARU JADI HAB KUIH TRADISIONAL TELOK MAS
TELOK MAS 12 Ogos - Satu dataran niaga baharu sedang dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah...
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...

