PBM-BN belum jadi parti gabungan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DURIAN TUNGGAL 3 Julai – Tiada permohonan rasmi diusulkan setakat ini kepada Barisan Nasional (BN) daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu.

Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan itu setakat ini sedang dimuktamadkan peringkat pimpinan tertinggi dalam masa terdekat dan masih dalam perbincangan antara pihaknya.

Jelasnya, kerajaan yang ada hari ini hasil gabungan BN dan Perikatan Nasional perlu ambil kira dari segi kedudukannya.

“Perkembangan ketika ini saya belum masuk lagi surat permohonan untuk menganggotai BN dan dalam masa terdekat kepimpimpinan tertinggi akan memuktamadkan kita punya kedudukan terhadap kemasukan ke BN.

“Kerana kita lihat bahawa dalam kerajaan sekarang adalah kerajaan BN dan PN, tetapi saya tahu PN selalu bergaduh dengan BN, itu kerajaan sekarang lah. Memang dahulu saya ada tawarkan kepada PN untuk saya bersama mereka.

“Saya nak membantu memperkukuhkan mereka dengan sebuah parti pelbagai kaum, parti yang dipimpin oleh seorang wanita yang mana kepimpinan wanita dalam negara ini lompong, dan juga (PBM) ini sebuah parti yang berakar dari akar umbi,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidangmedia selepas melakukan lawatan kerjanya di Plot ladang koko di Kampung Panchor di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini turut memaklumkan pihaknya masih belum menerima permohonan rasmi daripada PBM.

Namun pihaknya berpendirian terbuka untuk menerima kemasukan parti berkenaan bagi menyertai gabungan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1143
Kongsi :
Previous post Elak ketirisan dana, jawatankuasa perlu diberi pendedahan
Next post 13 lelaki ditahan seludup minyak diesel di Kota Tinggi
Ubah saiz-+=