PBSM Melaka kembali laksana kursus kepimpinan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 1 Jun Mei – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Melaka akan melaksanakan semula kursus kepimpinan di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) tahun ini.

Pengerusi PBSM Negeri, Ramli Mohd Ali berkata sebelum pandemik COVID-19, setiap sekolah, IPTS/IPTA akan menjalankan kursus kepimpinan PBSM kepada guru dan wakil pelajar.

Katanya, kursus itu bagi memenuhi kriteria sukarelawan PBSM dalam memberi khidmat menepati kehendak kemanusiaan yang sepatutnya.

“Sebelum pandemik COVID-19 kita memang laksanakan kursus kepimpinan setahun dua kali kepada guru-guru pemimpin bagi memberi ‘ilmu bantuan mula’ untuk mereka memberi bimbingan kepada pelajar yang menyertai unit kokurikulum PBSM di sekolah-sekolah.

“Selepas dua tahun pandemik kita tidak dapat laksanakan kursus terbabit, tahun ini kita akan kembali membuat aktiviti kursus kepimpinan ini.

“Selain itu kita juga mahu fokus dalam memberi perkhidmatan dengan menyediakan pengangkutan efektif kepada golongan memerlukan seperti ambulans dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah, Pingat, Sijil Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 Bulan Sabit Merah Malaysia, Negeri Melaka di Banda Hilir, semalam.

Penyampaian sijil disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Mengulas lanjut, Ramli berkata setakat hari ini, lebih 5,000 ahli berdaftar di bawah PBSM negeri Melaka.

Tambahnya, PBSM Melaka mempunyai aset sebanyak tujuh ambulans dan sebuah pacuan empat roda bagi membantu masyarakat khususnya golongan B40 dan yang memerlukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1955
Kongsi :
Previous post Cukuplah sekadar ucapan ‘Terima Kasih Cikgu’
Next post Mayat dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar
Ubah saiz-+=