PBT di Melaka terima peruntukan RM50,000

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 11 Feb – Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM50,000 bagi program penanaman semula pokok kepada setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Perhutanan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata insiatif itu diperuntukkan bagi menjaga alam sekitar di negeri ini ke arah persekitaran yang kondusif.

Katanya, perkara itu sekali gus menjadikan Melaka sebagai negeri paling bersih, indah, ceria dan selamat.

“Kerajaan negeri juga telah mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PBTmelalui inisiatif termasuk menjadikan Melaka sebagai negeri cantik seribu bunga.

“Keutamaan akan diberikan kepada kerja-kerja meningkatkan keindahan dan keceriaan di kawasan tumpuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua, Ahli Majlis PBT di Hotel Swiss Garden, hari ini.

Ujarnya lagi, selain itu skop pembersihan turut diperluas kepada kerja pembersihan sampah longgok serta pemeriksaan dan penilaian gred tandas awam bagi memastikan kebersihan persekitaran.

“Insiatif kedua adalah projek pembangunan infrastruktur dan utiliti serta menaik taraf kemudahan awam seperti padang, dewan, pasar, gerai dan sistem pencahayaan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

“Kompleks sukan dan kemudahan rekreasi akan terus diselenggara untuk kemudahan rakyat menjalankan aktiviti bersukan dan riadah.

“Dan ketiga program sanitasi di kawasan awam dilaksanakan dari semasa ke semasa, bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1052
Kongsi :
Previous post Atlet taekwando UTeM dinobat olahragawan Masum 2019
Next post Koperasi disaran manfaatkan aplikasi e-dagang – Ab Rauf
Ubah saiz-+=