
PDRM sahkan OKT mati mengejut akibat paru-paru berair
KUALA LUMPUR, 18 Jan – Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), mengesahkan kematian seorang Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan, kelmarin disebabkan paru-paru berair dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata ia susulan hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bahru, semalam.
“Hasil bedah siasat itu mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian adalah paru-paru berair. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Azri berkata pihaknya akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Semalam, JIPS dilaporkan menerima laporan seorang OKT lelaki warga tempatan berusia 37 tahun, meninggal dunia pada pukul 4.35 petang.
OKT tersebut ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama dan direman empat hari.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA SUDAH BERSEDIA HADAPI PRN KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Polis Kontinjen Melaka melakukan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Ketua...
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
