Sorting by

×

URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

SERKAM 30 Jun – Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai bagi mendapatkan maklumat berhubung perkhidmatan yang disediakan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan.

Norisham Seman, 48, berkata program itu juga memudahkan orang ramai mendapatkan perkembangan terkini berhubung permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada agensi berkenaan.

Katanya, rakyat juga tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke kaunter jabatan atau agensi terbabit bagi mendapatkan maklum balas kerana semua perkhidmatan dikumpulkan di satu tempat.

“Saya hadir bagi mendapatkan maklum balas mengenai permohonan yang dibuat sebelum ini, alhamdulilah apabila dimaklumkan ia kini dalam proses jadi sedikit sebanyak saya tahu permasalahan saya mendapat perhatian pihak berkaitan.

“Apa yang saya puji adalah individu yang melayan saya di kaunter adalah Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah, bukan pegawai biasa, ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat serius dalam membantu menyelesaikan permasalahan rakyat,” katanya.

6201716103373852637
NORISHAM SEMAN.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada Hari Aduan Rakyat bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di Japerun Serkam, di sini, semalam.

Antara kepimpinan Kerajaan Negeri turun padang mendengar permasalahan rakyat pada program itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad, Pengerusi Penyelaras WRUR Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin, barisan Timbalan Exco; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam Datuk Zaidi Attan serta Pegawai Daerah Jasin Datuk Rahizi Ranom.

6201716103373852647
MOHD FARIS.

Sementara itu Mohd Faris Din, 39, berkata, pula hadir ke program itu untuk membantu ahli keluarga terdekatnya menyelesaikan isu berkaitan permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anak yatim.

“Penerangan diberikan oleh pegawai bertugas amat jelas, permohonan terbantut kerana ada masalah berkaitan dokumen pengenalan diri.

“Menerusi program ini masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan amat memudahkan rakyat oleh itu saya amat berharap agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih kerap,” katanya yang tinggal di Telok Mas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post PENJUAL BUAH MAUT MOTOSIKAL TERBABAS LANGGAR TIANG ELEKTRIK
Next post MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN