Sorting by

×

MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TELOK MAS 30 Jun – MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha memperluaskan akses perkhidmatan penjagaan kesihatan primer kepada masyarakat.

Ketua Strategi Korporat MediPulih Abuzar Ghifari Abd Rahman berkata, antara lokasi yang dikenal pasti termasuk di Masjid Tanah, Sungai Udang dan Durian Tunggal.

Abuzar Ghifari, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menambah cawangan lagi di Telok Mas sekiranya terus mendapat sambutan yang positif dalam kalangan komuniti setempat.

“Secara keseluruhan, kita merancang untuk membuka sebanyak 50 cawangan baharu seluruh Malaysia pada tahun ini.

“Di Melaka pula, perancangan semasa adalah membuka sekitar tiga atau empat lagi cawangan untuk perluaskan capaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas ditemui pada Program Sentuhan Kasih Asnaf sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas di Padang Bola Sepak Taman Seri Telok Mas baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abuzar Ghifari berkata, perkembangan rangkaian kesihatan itu selaras dengan matlamat MediPulih untuk menjadi penyedia perkhidmatan kesihatan yang dipercayai, berkualiti kepada pelanggan.

“Selain bercadang untuk mengembangkan operasi, MediPulih juga komited meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

493
Kongsi :
Previous post URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
Next post ‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25