PDTAG juara keseluruhan Anugerah Pengurusan Projek Terbaik Tahun 2022

Masa Membaca:2 Minit, 42 Saat

BANDA HILIR 12 Mei – Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG) muncul juara keseluruhan Anugerah Pengurusan Projek Terbaik Tahun 2022 pada Majlis Anugerah Projek/Program Terbaik dan Kajian Penilaian Outcome Terbaik berlangsung di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Kejayaan PDATG itu adalah menerusi Projek Penyelenggaraan ‘Crossing Culvert’ di Jalan Semelenggang, Kampung Melekek Dalam, Taboh Naning, disiapkan dalam tempoh tujuh minggu menggunakan peruntukan RM60,000.

Hadiah kemenangan berupa piala dan replika cek bernilai RM5,000 disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari kepada Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Saiful Hazwa Kipli.

Hadir sama pada majlis itu Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, Datuk Khaidhirah Abu Zahar serta Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Low Chee Leong.

Majlis anugerah yang diadakan kali kedua itu bertujuan untuk meraikan jabatan dan agensi pembangunan negeri yang mempamerkan kualiti perkhidmatan dalam pelaksanaan projek/program yang terbaik sepanjang 2022.

Anugerah dibahagian kepada dua kategori itu membabitkan 20 penyertaan akhir daripada jabatan dan agensi pelaksana di Negeri Melaka.

Lapan finalis dinilai bagi Anugerah Projek/Program Terbaik Negeri Melaka Tahun 2022, sementara itu 12 lagi finalis untuk kategori Anugerah Kajian Penilaian ‘Outcome’ Terbaik Negeri Melaka Tahun 2022.

 

Senarai Pemenang Anugerah Projek/ Program Terbaik Negeri Melaka:

** Pemenang Keseluruhan Pengurusan Projek Terbaik Tahun 2022:-
– Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah

** Kategori Projek Fizikal dengan nilai RM20,000 – RM200,000:-
– Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah
(Kerja-kerja Menaiktaraf Longkang dan Lain-lain Kerja Berkaitan di Kampung Padang, DUN Ayer Molek)

** Kategori Projek Fizikal dengan nilai RM200,000-RM500,000:-
– Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka (JPS)
(Kerja-kerja Pembaikan Akibat Hakisan Pantai dan Lain-lain Kerja yang Berkaitan di Pengkalan Balak, Daerah Alor Gajah)

** Kategori Projek Fizikal dengan nilai melebihi RM500,000:-
– Jabatan Kerja Raya Daerah Jasin
(Menaiktaraf dan Pembesaran Jalan di dua Persimpangan Bemban, Daerah Jasin – Pakej 1: Menaiktaraf Persimpangan Bemban – Gapam)

** Kategori Projek Bukan Fizikal/Program:-
– Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, JKMM
(Pembangunan Gerbang Pembayaran Bersepadu Negeri Melaka Fasa IV – MELAKAPAY)

** Anugerah Khas Juri (Persembahan Terbaik):-
– Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
(Hiasan Booth Pameran Tercantik )

** Anugerah Khas Juri (Inovatif & Kreatif)
– Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
(Sistem Pintar Kawalan Trafik – SPiKTRA-M)

Senarai Pemenang Anugerah Kajian Penilaian Outcome Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022:

**Kluster Infrastruktur
– Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka (JPS)
(Kerja-kerja Pembaikan Akibat Hakisan Pantai dan Lain-lain Kerja yang Berkaitan di Pengkalan Balak, Daerah Alor Gajah)

**Kluster Sistem
– Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, JKMM
(Pembangunan Gerbang Pembayaran Bersepadu Negeri Melaka Fasa IV – MELAKAPAY)

**Kluster Pembangunan Sosial
– Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
(Pembangunan Semula Dataran Sejarah Sebagai Destinasi Utama Zon Pelancongan Ayer Keroh

**Kluster Pelancongan
– Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)
(Menaiktaraf dan Penambahan Jeti-jeti Baharu di Sepanjang Sungai Melaka Fasa 1 bagi Kemudahan Pengunjung)

**Kluster Industri Asas Tani
– Jabatan Pertanian Negeri Melaka
(Program Pembangunan Tanaman Buah-buahan Durian)

**Kluster Program/Kajian Pembangunan
– Institut Warisan Melaka (INSWA)
(Bengkel & Pertandingan Dondang Sayang Peringkat Negeri Melaka Tahun 2020)

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

955
Kongsi :
Previous post KTMB tawar 4.4 juta tiket bagi tempoh Julai hingga Disember
Next post Majlis Anugerah Pembangunan Negeri penanda aras kecemerlangan jabatan dan agensi kerajaan – KM
Ubah saiz-+=