Pegawai kehormat, bersekutu duta APM- Cuthbert

Masa Membaca:2 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 3 Okt. – Kepentingan pelantikan pegawai kehormat dan bersekutu dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tidak terhad kepada pemberian sumbangan tertentu termasuk harta semata-mata.

Pengarah APM Melaka, Lt Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra sebaliknya menegaskan, pelantikan itu seiring aspirasi dan tanggungjawab memartabatkan pertahanan awam agar dekat dengan rakyat khususnya di negeri ini.

Katanya, antara tanggungjawab pegawai kehormat dan bersekutu termasuk membantu APM dalam melatih seramai mungkin rakyat khususnya di Melaka ilmu pertahanan awam berkaitan pengurusan bencana.

“…kita nak latih masyarakat di luar sana dalam bidang pengurusan bencana iaitu sebagai ‘firt responder’ (yang memberikan bantuan awal kecemasan di kawasan masing-masing).

“Ini juga tanggungjwab pegawai kehormat dan bersekutu.

“Sebagai duta dunia pertahanan awam saya mahu mereka bersama supaya kita kita boleh bergerak sebagai satu pasukan dan memastikan perkhidmatan kita terus dijiwai dan dirasai segenap lapisan masyarakat,” katanya.

CUTHBERT berucap pada sesi suai kenal bersama Pengarah APM Melaka serta taklimat seminar pegawai bersekutu peringkat kebangsaan. Foto: MR. Azli

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Suai Kenal Bersama Pengarah APM Melaka serta Taklimat Seminar Pegawai Kehormat dan Bersekutu Peringkat Kebangsaan malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Pegawai Bersekutu Kategori Korporat APM Melaka, Lt Kolonel Bersekutu (PA) Mike Thein.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kemasukan pegawai kehormat dan bersekutu terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang termasuk politik, korporat, akademik dan penjawat awam mampu memantapkan pasukan.

“Maksudnya, sekiranya digabungkan sudah tentu boleh melahirkan satu impak yang membolehkan dunia APM terus releven untuk memberikan khidmat kepada komuniti khususnya di Melaka.

“Sebabnya dilihat dari segi pecahan yang kita lantik ini mempunyai profesion yang hebat atau profesional.

“Tidak rugi kalau kita gabung selari dengan slogan ‘Keluarga Malaysia’,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Cuthbert mahu supaya pegawai yang bakal dilantik nanti bersatu hati dan menetapkan niat menyertai sukarelawan APM demi memberi khidmat kepada rakyat mengikut kepakaran masing-masing.

“Kita sangat memerlukan kombinasi tokoh korporat, kerajaan dan swasta, sukan dan lain-lain untuk menghasilkan impak lebih hebat (perkhidmatan).

“Kita tidak boleh bergerak sendirian, sebaliknya sebagai satu pasukan…semua mesti bersatu hati, mesti tunjukkan inspirasi, minat dan kesungguhan,” katanya.

Menurut Cuthbert, antara kriteria dalam melantik pegawai kehormat dan bersekutu termasuk melepasi tapisan keselamatan, sihat dan boleh bekerja serta dalam lingkungan usia ditetapkan.

“Pelantikan terbuka, namun perlu melepasi tapisan dari sudut keselamatan.

“Seeloknya (pegawai) aktif mendekati komuniti, ia satu kelebihan,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3294
Kongsi :
Previous post Melaka anjur seminar pegawai kehormat dan bersekutu APM 2021
Next post KM, wakil rakyat Melaka bakal dilantik pegawai bersekutu APM
Ubah saiz-+=