
Pekerja kedai makan maut rempuh Proton Wira
SUNGAI UDANG 21 Julai – Seorang pekerja kedai makan maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta Proton Wira di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) Bertam Impian, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.55 malam itu, mangsa Muhammad Nur Syafiq Abu Said, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sedang melalui lampu isyarat Taman Perindustrian Bukit Rambai menghala ke arah lampu isyarat Taman Bertam Impian.
Ketika di lokasi, motosikal mangsa telah melanggar bahagian belakang kereta yang dipandu guru berusia 39 tahun.
“Akibat impak pelanggaran itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.
“Ketika kejadian, keadaan cuaca baik dan tidak hujan, namun lokasi itu gelap kerana tiada lampu jalan.
“Tiada rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan tiada saksi bebas tampil membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
