
PEKERJA WARGA MYAMMAR CEDERA TANGAN TERSEPIT MESIN
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.08 pagi tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Lelaki berusia 21 tahun dikenali sebagai Myo Theo Wai itu mengalami kecederaan patah empat tulang dari pergelangan tangan kanan hingga siku setelah tersepit pada mesin tersebut.
“Ketua operasi melaksanakan size–up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik hingga mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sabarodzi berkata mangsa dibawa ke hospital yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 9.42 pagi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM TUMBANG TIGA LEMBU SEMPENA KORBAN PERDANA MUALAF
BUKIT KATIL 21 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Kompleks Darul Huda, Balai Islam di Kesidang akan menumbangkan...
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUASANA KAMPUNG TENGAH BANDAR TARIKAN VILLA CMI
KOTA LAKSAMANA 21 Mei - Keunikan Villa CMI di Kampung Morten yang mengetengahkan konsep kampung tradisional berpotensi menjadi antara produk...
#BeSMART COWBOYS PERTAHAN GELARAN ‘RAJA RAGBI’ B12 MELAKA
AYER KEROH 21 Mei – Kekurangan fasiliti latihan bukanlah alasan untuk tidak melakar sejarah. Itu yang dibuktikan pasukan ragbi Sekolah...
WRUR KOTA LAKSAMANA: BANJIR KILAT ANTARA ADUAN RAKYAT YANG AKAN DISELESAIKAN
KOTA LAKSAMANA 21 Mei - Isu banjir kilat yang membelenggu penduduk antara 46 aduan yang diterima sempena Program Wakil Rakyat...
MFH SALUR RM54.5 JUTA BANTU RAKYAT MELAKA MILIKI KEDIAMAN
BANDARAYA MELAKA 21 Mei - Sebanyak RM54.5 juta telah diluluskan oleh Melaka Finance House Berhad (MFH) bagi pembiayaan pinjaman di...
SELEWENG ‘FLEET CARD’ 4 LELAKI DITAHAN KPDN
AYER KEROH 21 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menahan empat lelaki selepas dipercayai...
