Pelajar Tingkatan 3 parah dirempuh lori

Masa Membaca:58 Saat

SUNGAI RAMBAI 30 Oktober – Seorang pelajar Tingkatan 3 parah selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Persimpangan Lampu Isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Parit Putat, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang, mangsa Muhammad Iqram Rosli, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai mengalami patah tangan dan cedera parah di badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave yang datang dari arah kiri Pekan Sungai Rambai telah keluar dari simpang berkenaan secara tiba-tiba.

Pada masa sama, datang sebuah lori meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat hijau dari arah Muar menghala ke Jasin tidak dapat mengelak lalu merempuh mangsa di sebelah kanan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami patah tangan dan cedera parah di badan, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Muar dan kini ditempatkan di zon merah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 20 saat yang memaparkan kejadian tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6218
Kongsi :
Previous post Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan – KKM
Next post 10,000 dijangka meriahkan Pesta Konvo TUAH UTeM
Ubah saiz-+=