10,000 dijangka meriahkan Pesta Konvo TUAH UTeM

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 31 Oktober – Orang ramai dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Konvo TUAH Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2023 (TCF-19) dari 3 hingga 6 November ini bertempat di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, TCF-19 diadakan bersempena Majlis Konvokesyen UTeM ke-19 yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 November.

Katanya, konvokesyen ke-19 meraikan seramai 3,378 orang graduan diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).

Menurut beliau daripada jumlah itu 68 peratus adalah graduan aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) aras tinggi.

“Sehubungan itu pelbagai program menarik telah disusun menerusi TCF-19 dengan gabungan pelbagai konsep yang tentunya menjadi tarikan orang ramai serta para pengunjung.

“Pihak UTeM amat mengalu-alukan kehadiran rakyat Melaka dan pelancong untu bersama-sama memeriahkan serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang diatur,” katanya.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni UTeM, Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif berkata, TCF-19 membabitkan lebih daripada 30 program dan aktiviti.

“Antara aktiviti menarik pada TCF-19 UTeM kali ini adalah Advanced TVET Career Fair UTeM @ MyFutureJobs, TUAH Jaguh Joran, Taxplorace Hasil Your Tax Buddies.

“Perlawanan Bola Sepak Amal Untukmu Palestin, Forum Perdana dan TUAH Arena National Championship yang merupakan pertandingan e-sport peringkat kebangsaan,” ujarnya.

Beliau berkata, lebih menarik lagi TCF-19 kali ini akan membawa selebriti dakwah tanah air iaitu PU Rahmat dan PU Yeop, menjemput influencer Ardell Aryana, Inche Lebah, menampilkan IAmNeeta, UNIC serta barisan artis di bawah naungan Warner Music Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1854
Kongsi :
Previous post Pelajar Tingkatan 3 parah dirempuh lori
Next post ROS salur geran RM6.674 juta sejak 2013
Ubah saiz-+=