
Pelancongan dalam negeri dibenarkan bagi negeri fasa 2 dan seterusnya PPN
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Aktiviti pelancongan dalam negeri sama dibenarkan kepada orang ramai yang lengkap dua dos vaksin bermula Selasa ini (10 Ogos).
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu bagaimanapun hanya diberikan kepada negeri di Fasa 2 dan seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Jelasnya, kebenaran itu juga hanya sah selepas 14 hari menerima vaksinasi dos kedua bagi vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca dan selepas 28 hari bagi vaksin jenis CanSino.
Katanya, antara aktiviti pelancongan dalam negeri yang dibenarkan ialah melibatkan inap desa (homestay) dan hotel.
“Pengusaha homestay dan hotel perlu pastikan mereka yang ingin memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas kebenaran individu lengkap dua dos vaksin hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
