
Pelancongan sukan air antara tarikan utama TMM2024
MASJID TANAH 12 Ogos – Subsektor pelancongan sukan berteraskan air bakal menjadi antara tarikan utama pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelbagai acara sukan menarik bakal dianjurkan tahun hadapan, selain merancang beberapa aktiviti sukan air yang berpotensi menarik kehadiran pelancong.
“Subsektor pelancongan sukan sempena TMM2024 kita merancang lebih menumpukan kepada sukan air.
“Pelbagai pertandingan-pertandingan menarik seperti perlumbaan perahu naga, memancing dan sukan lain sedang dirangka bagi menyambut TMM2024.
“Kita sedang mengkaji beberapa pertandingan lain lagi untuk diketengahkan dalam mengisi kalendar TMM2024,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Perempuan Bawah 12 Tahun Piala Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Tambichik Karim, di sini, hari ini.
Hadir sama, Exco Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa), Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah; Timbalan Pengerusi Pengadil Mafa, Abdullah Derus; Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri, Jamsari Mariman serta tetamu lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
