
PEMANDU, DUA PENUMPANG RENTUNG KERETA REMPUH TEMBOK JAMBATAN
JASIN 28 November – Pemandu dan dua penumpang sebuah kereta rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Kampung Seri Lanchang, Merlimau, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kes kebakaran kereta pada jam 9.09 pagi.
Katanya, susulan itu sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari bersama 11 anggota termasuk komander operasi bergegas ke tempat kemalangan.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian pasukan penyelamat mendapati sebuah kereta Proton Iswara dipercayai terbabas dan melanggar tembok jambatan.
“Akibat perlanggaran itu, kenderaan terbabit tiba-tiba terbakar 90 peratus dan operasi pemadaman dijalankan pasukan bomba.
“Pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati terdapat tiga orang mangsa telah terperangkap dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut selain operasi pemadaman berada dalam keadaan terkawal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 3,000 PEGAWAI, ANGGOTA PDRM BERTUGAS JAMIN KELANCARAN PRN MELAKA
SERI BENDAHARA 23 September - Polis Kontinjen Melaka sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan seramai 3,150 pegawai dan...
PASAR MALAM TAMAN MAJU LEBIH TERATUR, BERSIH HASIL PEMANTUAN BERTERUSAN MPJ
JASIN 22 September – Usaha memastikan Pasar Malam Taman Maju kekal bersih, teratur dan selesa untuk peniaga serta pengunjung diperkasa...
MELAKA CADANG WUJUD IPD HANG TUAH JAYA
SERI BENDAHARA 23 September - Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) baharu sebagai langkah memperkukuh aspek...
‘KUMPAU’ TAPI ‘TAPAU’ MOTOSIKAL DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 23 September - Niat mahu menjadi juara pertandingan memancing, namun tuah belum memihak Shahrizal Sharudin, 34, apabila gagal...
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
MELAKA HARGAI JASA PESARA POLIS
SERI BENDAHARA 22 September - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah lebih RM300,000 kepada pesara dan persatuan Polis Diraja Malaysia...
