Pemandu ‘keliru’ di simpang lima Kota Fesyen

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

AYER KEROH 7 Jun – Tidak menyedari papan tanda isyarat berhenti didakwa antara punca kerap berlaku kemalangan kecil membabitkan pengguna jalan raya menggunakan susur persimpangan Lebuh Ayer Keroh ke Mydin MITC.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di jalan komersial itu mendapati ada penunggang motosikal melawan arus untuk keluar ke laluan utama.

Seorang peniaga berhampiran susur tersebut Zahari tumin, 50, berkata setakat ini dia sudah menyaksikan enam kemalangan kecil di kawasan itu.

Katanya, ramai pemandu yang tidak berhenti dan meneruskan perjalanan hingga menyebabkan berlaku kemalangan dengan kenderaan dari simpang berlawanan.

“Memang kerap berlaku kemalangan kecil, mengikut anggaran saya dalam tempoh enam bulan sudah 10 kes.

“Bagi saya pengguna perlu peka dengan kehadiran kenderaan lain, mungkin sesuai bina bonggal supaya pemandu yang keluar dari susur tidak terus memecut laju,” katanya.

Simpang lima antara susur persimpangan Lebuh Ayer Keroh ke MyDin MITC yang sering berlaku kekerapan kemalangan kecil

Seorang lagi peniaga Zakiah Abu Bakar, 33, mencadangkan agar pihak berkuasa memasang lebih banyak papan tanda amaran di kawasan itu.

Berkongsi pengalamannya Zakiah, pernah menyaksikan kemalangan membabitkan motosikal penghantar makanan dan sebuah kereta.

“Saya meniaga di sini hampir dua tahun dan sepanjang tempoh itu memang kerap berlaku kemalangan di sini. Ramai tidak sedar kewujudan lima simpang di kawasan itu dan bukan jalan sehala.

“Bagi saya rekaan jalan ini tidak salah mungkin kemalangan kecil disebabkan sikap pemandu dan penunggang yang lalai,” katanya.

Sementara itu pengguna jalan raya, Mohd Hanif Huhin, 43, menyatakan rasa keliru ketika menggunakan susur berkenaan dan beranggapan ia adalah laluan sehala.

“Mungkin perasaan keliru itu disebabkan saya jarang melalui jalan susur tersebut. Satu lagi saya suga tidak perasan papan tanda amaran dipasang lebih lagi ketika memandu.

“Saya rasa jalan simpang lima ini sepatutnya dikaji semula, mungkin salah satu laluan perlu ditetapkan sebagai jalan sehala bagi mengelakkan kekeliruan hingga berlaku kemalangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1529
Kongsi :
Previous post Selamat bersara cikgu Mustapah
Next post ‘Simpang lima’ Kota Fesyen dikaji semula
Ubah saiz-+=