Sorting by

×

Pemandu, penunggang e-hailing terima pelekat, bantu promosi Melaka pada TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BANDA HILIR 29 Oktober – Lebih 250 pemandu dan penunggang e-hailing di negeri ini menerima pelekat kenderaan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sebagai membantu mempromosi sektor pelancongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pelekat kenderaan ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk mempergiatkan lagi promosi pelancongan menjelang TMM2024.

Katanya, pelekat kenderaan itu akan ditampal pada semua kenderaan pemandu dan penunggang e-hailing di Melaka sebagai memberi sokongan kepada usaha Kerajaan Negeri.

“Pelekat promosi TMM2024 yang akan kita lekatkan dan edar bukan sekadar sekeping pelekat semata-mata, malah menjadi bukti betapa sumbangan yang mungkin kecil kepada penunggang dan pemandu e-hailing tetapi mampu membawa makna yang cukup besar kepada Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terbaik di negara ini dan juga sehingga ke peringkat dunia.

“Saya amat yakin dan percaya, rakan penghantar dan pemandu e-hailing, yang sering berinteraksi dengan pelancong, mampu menjadi duta bagi menyambut kedatangan mereka ke negeri ini.

“Rakan-rakan penghantar dan pemandu e-hailing dengan pengetahuan yang dimiliki mampu memberikan saranan dan cadangan kepada tetamu dari luar negeri dan memastikan mereka mendapat pengalaman yang terbaik semasa berada di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pelekat Kenderaan Promosi TMM2024 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pelancongan, Seni Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalannya, Datuk Zaidi Attan serta Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Saari Basiron.

Terdahulu, beliau turut menyempurnakan gimik perasmian dengan menampal pelekat kenderaan itu pada 20 kenderaan e-hailing selain turut beramah-mesra dengan pemandu serta penunggang e-hailing yang hadir pada program terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4459
Kongsi :
Previous post Cara tersendiri tanda solidariti kepada Palestin
Next post Insentif khas buat pemandu, penunggang e-hailing
Ubah saiz-+=