Insentif khas buat pemandu, penunggang e-hailing

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDA HILIR 30 Oktober – Insentif khas buat lebih 1,000 pemandu dan penunggang penghantar makanan atau e-hailing di Melaka yang membantu  Kerajaan Negeri mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata bentuk insentif itu bagaimanapun akan diumumkan pada pembentangan Bajet Melaka 2024 pada penghujung bulan ini.

Katanya, insentif itu diberikan sebagai hadiah kepada pemandu dan penunggang e-hailing yang dianggap sebahagian rakyat yang perlu dibela termasuk dari segi kebajikan dan keselesaan.

“Pastinya mereka juga memerlukan perhatian daripada Kerajaan Negeri dan bagaimana  membantu mereka meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka dengan sokongan Kerajaan Negeri.

“Saya akan aturkan (perbincangan) dengan pemilik jenama e-hailing itu untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmaran dgn lebuh teratur dan terancang yang difahamkan jumlah pemandu dan penunggang e-hailing yang aktif di Melaka lebih 1,000 orang.

”Saya berharap mereka ini secara tidak rasminya dan secara rasminya boleh dilantik sebagai duta pelancongan Melaka dalam mereka mengendalikan penghantaran makanan, mereka juga menjadi duta kepada pelancong yang datang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Pelekat Kenderaan Promosi TMM2024 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini malam tadi. 

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pelancongan, Seni Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalannya, Datuk Zaidi Attan serta Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Saari Basiron.

Terdahulu, beliau turut menyempurnakan gimik perasmian dengan menampal pelekat kenderaan itu pada 20 kenderaan e-hailing selain turut beramah-mesra dengan pemandu serta penunggang e-hailing yang hadir pada program terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1511
Kongsi :
Previous post Pemandu, penunggang e-hailing terima pelekat, bantu promosi Melaka pada TMM2024
Next post Ribut: RM3 juta baik pulih SMK Munshi Abdullah
Ubah saiz-+=