Ribut: RM3 juta baik pulih SMK Munshi Abdullah

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 30 Oktober – Kerosakan dialami Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, di Batu Berendam, di sini, susulan ribut yang melanda, Sabtu lalu, memerlukan kos baik pulih dianggarkan RM3 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, baik pulih itu dijangka mengambil masa enam bulan, dengan peruntukan awal RM100,000 telah disalurkan Kementerian Pendidikan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Katanya, Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap musibah yang melanda itu, memandangkan sekolah berkenaan merupakan antara sekolah yang mempunyai jumlah pelajar terbesar di negeri ini iaitu seramai 2,000 orang.

“Di pihak Kerajaan Negeri kita akan memberi perhatian terhadap pelajar dan kebajikan guru di sekolah ini memandangkan sebanyak enam blok sekolah telah mengalami kerosakan besar.

“Saya difahamkan proses baik pulih akan mengambil masa enam bulan dan pihak sekolah akan mengambil langkah awal mengemaskini penjadualan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan melihat kerosakan SMK Munshi Abdullah, hari ini.

Img 20231030 101236 862
AB RAUF

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka Datuk Ir. Ismail Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Ab Rauf meminta ibu bapa dan pelajar agar bersabar sepanjang tempoh baik pulih sekolah berkenaan yang dijadual secara berfasa.

Kata beliau, Kerajaan Negeri akan menghulurkan apa jua bantuan dan sokongan, selain memberi perhatian sepanjang proses baik pulih sekolah berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2179
Kongsi :
Previous post Insentif khas buat pemandu, penunggang e-hailing
Next post 1,000 pelajar SMK Munshi Abdullah bergilir ke sekolah
Ubah saiz-+=