Sorting by

×

Cara tersendiri tanda solidariti kepada Palestin

Masa Membaca:2 Minit, 8 Saat

PAYA RUMPUT 29 Oktober – Pelbagai cara  tersendiri ditunjukkan masyarakat untuk menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman rejim Zionis.

Seorang peserta, Mohd Hasni Hussein, 58, menyatakan sokongan pada Mega Road Tour Himpunan Satu Juta Pembela Palestin, perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong di sini hari ini dengan mengayuh basikal sejauh 20 kilometer.

Img 2474
Mohd Hasni Hussein, 58. Foto: MR. AZLI

“Setakat berkayuh 20 kilometer, mungkin pada orang lain ianya biasa, pada saya ia luar biasa dan ini cara saya menyatakan solidariti saya kepada Palestin,” katanya yang memakai pakaian lengkap berbasikal berlogo ‘Free Palestine’.

Sementara itu, seorang peserta perhimpunan, Muhammad Adam, 38, yang berasal dari Yangon, Myanmar berkata beliau tiba seawal jam 7 pagi tadi, dengan mengecat wajah dan membawa bendera Palestin bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

“Ramai yang meninggal dunia dalam peperangan yang berlaku di Palestin. Saya rasa kasihan melihat mereka dan hadir pada hari ini untuk menunjukkan sokongan,” katanya yang tinggal di Melaka sejak 14 tahun lepas dan fasih berbahasa Melayu.

Img 2473
V. Surega, 27. Foto: MR. AZLI

Dalam pada itu, seorang peserta,  V. Surega, 27, berkata diaxmemberikan sokongan penuh kepada Palestin kerana menganggap ia bukanlah isu keagamaan semata-mata, sebaliknya isu kemanusiaan.

“Saya menghadiri perhimpunan ini bagi menyatakan sokongan sebagai rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin yang ditindas di Gaza.

“Sokongan saya kepada Palestin bukan kerana agama tetapi kemanusiaan,itu adalah realiti sebenar yang tidak boleh disembunyikan oleh mana-mana pihak.

“Sokongan kepada Palestin timbul susulan selepas menonton video yang tular di media sosial mengenai kekejaman Zionis amat mengguris hati saya,” katanya yang merupakan seorang penjawat awam.

Img 2472
Wakil anak muda, Shafiq Majid, 31. Foto: MR. AZLI

Nada sama turut disuarakan wakil anak muda, Shafiq Majid, 31 yang hadir bersama memakai baju putih menyatakan sokongan kepada Palestin.

“Sebagai umat Islam, sudah pasti rasa bertanggungjawab untuk membantu saudara seagama di sana (Palestin), dan di sini kami membantu menyatakan sokongan dan menyumbang seperti saranan Ketua Menteri sebagai tanda sokongan kepada Palestin,” jelasnya.

Himpunan itu dihadiri lebih 5,000 masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa, hadir menyertai perhimpunan menyatakan solidariti terhadap Palestin.

Media melaporkan, pihak berkuasa Palestin mendedahkan angka korban di Gaza telah melepasi 8,000 mangsa, ia susulan operasi darat tentera rejim Zionis Israel ke atas wilayah itu yang disifatkan telah memasuki peringkat kedua.

Img 2475
Muhammad Adam, 38, yang berasal dari Yangon, Myanmar. Foto: MR. AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2549
Kongsi :
Previous post Penunggang RXZ cedera rempuh Kancil
Next post Pemandu, penunggang e-hailing terima pelekat, bantu promosi Melaka pada TMM2024
Ubah saiz-+=