Penunggang RXZ cedera rempuh Kancil

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

ALOR GAJAH 29 Oktober – Seorang pekerja bengkel cedera selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah Perodua Kancil, dalam kejadian di Jalan Ramuan China Kecil, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, penunggang motosikal berusia 37 tahun cedera di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal Yamaha RXZ dalam perjalanan dari Masjid Tanah menghala ke Lubok Cina manakala kereta dipandu lelaki berusia 52 tahun pula dari arah bertentangan.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa masuk ke laluan bertentangan.

“Setibanya di tempat kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh Perodua Kancil yang kebetulan melalui lokasi kemalangan.

“Pemandu kereta dikatakan cuba mengelak ke kiri jalan namun namun tidak sempat. Akibat perlanggaran itu penunggang motosikal melambung ke arah kenderaan sebelum jatuh ke atas jalan,” katanya.

Menurut Arshad, penunggang motosikal yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan.

“Menurut waris mangsa, lelaki terbabit berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat.

“Manakala pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan dalam proses membuat laporan polis selain kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

11549
Kongsi :
Previous post SKM Melaka bantu promosi TMM2024
Next post Cara tersendiri tanda solidariti kepada Palestin
Ubah saiz-+=