Sorting by

×

Pembangkang wajar ditempatkan dalam MPN – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

MASJID TANAH, 12 Sept. – Pembabitan wakil pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah wajar sebagai wadah perkongsian buah fikiran demi menangani wabak COVID-19.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pembabitan wakil pembangkang dalam MPN adalah wajar dari segi perkongsian pendapat, sekali gus menepati tuntutan saluran demokrasi negara.

“Parti pembangkang juga ada rakyat yang berada di bawahnya yang memberi sokongan dalam saluran masing-masing, jadi kita harus beri peluang kepada mereka untuk bersama dalam menyumbangkan buah fikiran mereka.

“Ia juga seiring dengan transformasi ini demi merealisasikan kestabilan politik dan usaha bersama bagi memulihkan negara dalam tempoh penularan pandemik COVID-19,” katanya kepada MHI.

Dalam pada itu, beliau berkata tujuh tawaran dalam transformasi itu bagaimanapun akan dilaksanakan sebaik mencapai persetujuan barisan Ahli Parlimen.

“Ia belum dilaksanakan lagi dan ia perlu dibentangkam ke Parlimen dan jika ia diluluskan, ini akan menjadi cara rasmi kerajaan yang baharu yang menjadi ‘trendsetting’ kita dalam mentadbir negara.

“Perkara ini sama ada bersesuaian atau tidak ia terpulang kepada peringkat Parlimen dan perlu menilai dengan keadaan politik Malaysia hari ini,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru baru ini menawarkan tujuh transformasi berkenaan bertujuan mewujudkan landskap politik baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen

Tawaran itu meliputi pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, pelaksanaan Undi 18 dalam tempoh terdekat dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.

Selain itu, antara tawaran lain ialah ahli parti pembangkang akan turut dilibatkan dalam MPN untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan, manakala Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan setara seorang menteri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

360
Kongsi :
Previous post Pelajar Sekolah Menengah Arab JAIM Assyakirin juara pantun
Next post ‘Harap Melaka selepas Langkawi’
Ubah saiz-+=