
‘Harap Melaka selepas Langkawi’
BANDA HILIR, 13 Sept – Melaka perlu menjadi destinasi kedua bagi pembukaan sektor pelancongan domestik selepas Pulau Langkawi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Banda Hilir Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, inisiatif itu sekali gus membantu peniaga khususnya di kawasan Bandar Melaka yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya yakin kerajaan negeri akan memanjangkan perkara ini supaya selepas Pulau Langkawi, Melaka akan menjadi destinasi percubaan untuk sektor pelancongan.
“Saya harap mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga membawa perkara ini dan memohon kepada kerajaan pusat.
“Usaha ini sudah pasti membantu peniaga-peniaga di Melaka khususnya yang terlibat dalam sektor pelancongan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penyerahan Kit Makanan pada Usahawan Kraf Rumah Merah dan Medan Samudera di Medan Samudera Banda Hilir, hari ini.
Penyerahan itu disempurnakan Exco Usahawan Negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.
Kehadiran Norhizam bagi menyantuni 100 peniaga di Medan Samudera dan mendengar permasalahan yang dihadapi peniaga-peniaga di kawasan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
‘NAK JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN TIBA-TIBA TURUN DARI LANGIT’
AYER KEROH 20 Oktober - Sesiapa sahaja yang mahu menjadi wakil rakyat tidak boleh hanya muncul ketika pilihan raya untuk...

