
Pembangunan prasarana untuk nelayan Tanjung Dahan
KUALA LINGGI 24 Mac – Pelbagai kemudahan membabitkan nelayan khusus sekitar Tanjung Dahan, di sini, menjadi perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Rosli Abdullah dalam usaha memastikan golongan itu dapat menjalankan rutin harian mereka dengan lancar.
Rosli berkata, projek tambakan benteng dan pasir antara perkara diberikan keutamaan dalam menangani isu hakisan di kawasan berkenaan.
“Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM2 juta bagi menjalankan projek berkenaan termasuk menurap semula jalan tar yang rosak bagi memudahkan perjalanan keluar masuk nelayan ke kawasan berkenaan.
“Projek ini akan dijalankan segera dan kini tawaran tender sudah dibuka kepada kontraktor yang layak,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Menurutnya, selepas projek berkenaan selesai, kemudahan seperti balai nelayan yang terjejas akibat hakisan akan dibangunkan semula.
“Kawasan itu juga akan dilengkapi bengkel nelayan, kita utamakan projek asas dahulu bagi memberikan keselesaan kepada golongan itu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
