
Keprihatinan Sulaiman bantu pesakit angin ahmar
LENDU, 24 Mac – Pergerakan lelaki warga emas Pua Guan, 74, yang menderita akibat serangan angin ahmar kini menjadi lebih mudah selepas menerima bantuan kerusi roda sumbangan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Masalah kesihatan dialami Pua mendapat perhatian Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu yang menyegerakan bantuan kemudahan itu.
Pegawai Perhubungan Kebajikan dan Operasi Ketua Menteri Mohd Jamian Maharam berkata, pergerakan Pua terbatas akibat diserang angin ahmar enam bulan lalu.
“Kami harap bantuan kerusi roda disumbangkan memudahkan isteri dan anak Pua menguruskannya, khusus membabitkan aktiviti harian.
“Selain itu kami turut bantu menguruskan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan lampin bulanan kerajaan negeri untuk warga emas ini,” katanya.
Beliau berkata, demikian selepas menyerahkan bantuan berkenaan kepada keluarga Pua di Kampung Baru Lendu, 22 Mac lalu.
MOHD Jamian menyerahkan bantuan kerusi roda dan lampin kepada keluarga Pua
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
21 KELAS BIMBINGAN MAIM PERKASA KEFAHAMAN MUALAF MELAKA
BUKIT KATIL 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf...
JIWA RAKYAT TOK AJAK
TELOK MAS 2 Julai - Di sebalik senyuman mesra dan sikap mudah didekati yang sering menjadi perhatian penduduk Telok Mas,...
TOK RAUF ‘SPONSOR’ KENDURIAN MELAKA, 2,000 PENGUNJUNG PERTAMA CUMA BAYAR RM10
AYER KEROH 2 Julai - Orang Melaka menjadi 2,000 pengunjung pertama hadir ke Festival Durian Melaka 'Kendurian' 2026 pada 5 Julai...
KEMBALI BERGERAK TANPA SAKIT DENGAN ENDOSKOPIK DISKEKTOMI
Oleh: Dr. Chan Kin Hup Pakar Bedah Saraf Oriental Melaka Straits Medical Centre MASALAH sakit belakang kini semakin membimbangkan dan...
WRUR SERKAM BIMBING BELIA JADI USAHAWAN BERJAYA
SERKAM 2 Julai - Usaha melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia terus diperkasakan menerusi Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan...
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...
